iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

10 user(s) are online

Members: 0
Guests: 10

more...

Utama

AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/1/17 4:11:08 (91)

Kewangan dan Ekonomi

Setiap kali menjelang hari raya, kerajaan pasti akan meletakkan barangan kawalan, dengan harga tertentu, yang mana penjual tidak boleh menjual dengan harga yang lebih daripada harga siling. Contohnya ayam, gula, gandum, beras, minyak masak, daging, garam, telah diletakkan harga yang khusus oleh kerajaan. Begitu juga harga minyak petrol, gas memasak dan banyak lagi barangan yang harganya ditentukan oleh kerajaan dan diisytiharkan sebagai barangan kawalan.

Persoalannya, bolehkah kerajaan sesuka hati meletakkan harga kepada barangan, yang mungkin akan menindas penjual bahkan mungkin merugikan penjual? Ada baiknya kita teliti di mana asasnya dan bagai mana pendirian Islam tentang isu ini. Iaitu isu menentukan harga atau dalam bahasa Arab namanya al-Tas’ir atau pricing policy.

AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/12/5 8:49:32 (2751)

Kewangan dan Ekonomi

[Edisi Kemas Kini 5/12/11] Sebelum ini, saya telah tulis serba sedikit tentang pentingnya mengetahui tentang kontrak-kontrak klasik atau kontrak musamma dalam karya fekah Islam seperti riba, qard, murabahah dan lain-lain. Bagi mereka yang ingin tahu tentang istilah muamalat Islam yang mungkin agak pelbagai dan agak susah diingati, di sini saya sertakan kamus ringkas yang cuma sekadar diberikan maksud dan definisi ringkas sahaja. Maksud dan definisi yang diberikan adalah sekadar untuk kefahaman awal. Dengan mengetahu sedikit sebenyak maksud bagi istilah kontrak musamma ini, diharap memudahkan untuk membaca artikel-artikel lain atau mempelajari isu-isu dalam kewangan dan perbankan Islam.

AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/11/3 20:00:00 (249)

Kewangan dan Ekonomi

Sejak krisis kewangan US melanda pada 2008, ekonomi dunia masih di tahap yang sama. Kini negara yang banyak mempertahankan Israel itu ibarat telur di hujung tanduk. Krisis hutang kini menjalar ke Eropah pula. Krisis ekonomi pernah berlaku pada tahun 1998 terutama kepada Asia Tenggara yang hampir melingkupkan Malaysia, Thailand, FIlipina dan Indosesia. Indonesia, Filipina dan Thailand terpasak menerima ‘bantuan’ pemulihan IMF, manakala Malaysia berjaya melepasi halangan sendiri melalui kawalan modal (cerita lanjut tentang ini mungkin dalam edisi seterusnya) Selepas itu berulang lagi pada 2008.

AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/8/14 17:42:44 (477)

Kewangan dan Ekonomi

Pengumuman Menteri Kewangan setiap akhir tahun biasanya diberi perhatian yang cukup tinggi bukan sahaja pekerja kerajaan yang menunggun bonus tahunan, tapi semua pakar ekonomi, peniaga, peserta pasaran, juga syarikat korporat. Ini kerana belanjawan setiap tahun akan menentukan dasar ekonomi oleh kerajaan.

Activity Feed

Rangkaian Web Terkini